Terkini: Melaka tarik balik gelaran Datuk CEO GISBH berkuatkuasa serta merta
Kerajaan negeri Melaka menarik balik serta merta darjah kebesaran membawa gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada CEO Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad memaklumkan, arahan tersebut dibuat Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam selepas mendapat nasihat Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Penarikan…