Presiden Iran hubungi Anwar, hargai ketegasan Malaysia pertahan Gaza
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima panggilan telefon daripada Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, yang menzahirkan penghargaan terhadap pendirian tegas Malaysia dalam isu Gaza. Perdana Menteri berkata, Iran menggesa agar Malaysia terus mendepani usaha diplomatik dalam menentang kekejaman dan genosid yang masih berterusan di bumi Palestin. Anwar turut menyampaikan komitmen Malaysia yang konsisten bukan sahaja…