Himpunan bantah Nick Adams jadi Duta AS selepas solat Jumaat ini
Gabungan sayap parti Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan himpunan bantahan pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia pada pukul 2 petang ini. Himpunan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur itu juga akan menyaksikan penyerahan memorandum menolak pemilihan penyokong tegar Israel berkenaan. Ketua Penerangan Pemuda PKR (AMK),…