Saya pakai selendang kerana hormati umat Islam di bulan Ramadan, kata Hannah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menegaskan pemakaian selendang atau tudung ketika menghadiri majlis berbuka puasa di masjid dan surau adalah sebagai tanda menghormati umat Islam sepanjang bulan Ramadan. Ahli Parlimen Segambut berkenaan berkata, pemakaian selendang itu dibuat kerana beliau memahami adab apabila memasuki rumah ibadat. Beliau yang juga pemimpin DAP menjelaskan…