Agong titah siasat ‘hingga ke lubang cacing’, jangan ada terlepas jika bersalah
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya siasatan berhubung isu membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dilaksanakan secara menyeluruh tanpa berkompromi terhadap mana-mana pihak. Lebih tegas, Seri Paduka Baginda mahu siasatan berkenaan dilakukan sehingga ke lubang cacing bagi memastikan setiap pihak yang bertanggungjawab tidak terlepas daripada tindakan sewajarnya….