Tiada ketetapan laksana Beras Putih Malaysia Madani sekarang

Tiada ketetapan untuk melaksanakan Beras Putih Malaysia Madani buat masa ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Buat masa ini belum ada ketetapan yang dibuat ke atas cadangan beliau untuk
mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini yang akan dikenali sebagai
beras putih Malaysia Madani,” kata beliau dalam satu kenyataan rasmi.

Ini ekoran dari pengumuman Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) tiga hari lalu.

Syed Abu Hussin mengumumkan pemansuhan beras putih tempatan dan import dan diganti dengan beras putih Malaysia Madani 10 kg sekampit pada harga RM30. Ia boleh diperoleh di pasaran mulai 1 Mac.

Susulan itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menjelaskan perkara tersebut hanya cadangan Syed Abu Hussin.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad juga bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar harga kawalan beras diputuskan pada minggu depan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol).

“Sebarang pengumuman atau ketetapan yang hendak dibuat mestilah berpandukan kepada Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] serta dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

Â