Siasatan awal polis dedah bas bawa pelajar UPSI langgar belakang Alza

Siasatan awal polis mendapati pemandu bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah melanggar belakang sebuah kenderaan jenis Perodua Alza sehingga terbabit kemalangan.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pemandu melanggar belakang kenderaan sebelum hilang kawalan dan terbalik.

Difahamkan kedua-dua kenderan itu dalam laluan sama menghala ke Gerik.

“Pemandu bas berusia 42 tahun manakala kelindan berusia 54 tahun membawa 42 pelajar UPSI terdiri lapan lelaki dan 32 wanita.

“Bas persiaran itu disewa khas pelajar dan dalam perjalanan pulang dari Jertih, Terengganu menghala ke UPSI,” katanya menurut Harian Metro.

Noor Hisam berkata, siasatan mendapati bas itu tidak membawa lebihan penumpang dan kejadian berlaku pada waktu tengah malam dan tiada saksi lagi setakat ini.

Sementara itu, mangsa membabitkan Perodua Alza adalah sepasang suami isteri berusia 30-an dan anak perempuan berusia 6 tahun serta anak lelaki berusia tiga tahun.

BACA JUGA Cerita dari bomba..ada pelajar tercampak, ada keluar sendiri, ada masih dalam bas

BACA JUGA Sah 15 pelajar terkorban, hantaran Facebook ‘UPSI berduka’ runtun hati

BACA JUGA Anwar, Wan Azizah dukacita 15 pelajar UPSI terkorban dalam kemalangan