Ringgit dah cecah RM4.02, pakar ramal apa pula minggu depan?
Ringgit dijangka terus mendapat sokongan minggu depan ketika pasaran menanti keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kadar faedah, dengan bank pusat itu dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus. Jangkaan berkenaan hadir ketika ringgit menunjukkan prestasi memberangsangkan minggu ini, termasuk mengukuh kepada RM4.0230/4.0270 berbanding dolar AS pada Jumaat, berbanding RM4.0365/4.0405 pada minggu sebelumnya….