Perasuah mana yang dibebas zaman kerajaan Madani?
Plakad terpampang ungkapan, “Bapa Pembebasan Perasuah” dengan karikatur mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Rakyat Benci Rasuah di Dataran Merdeka semalam mengundang persoalan banyak pihak. Antaranya, TikTokers Wan Hadi yang menyifatkan plakad dengan gelaran kepada Perdana Menteri semasa himpunan yang disertai pelajar institut pengajian tinggi (IPT) itu sebagai biadab dan langsung tidak berterima kasih…