Kontroversi lagu China: UM dah minta penganjur turut mainkan lagu Negaraku
Universiti Malaya (UM) memaklumkan acara sambutan Tahun Baharu Cina yang dinamakan sebagai ‘Spring Festival Gala 2025’ bukan anjuran universiti itu. Menerusi kenyataan dikeluarkan malam tadi, UM memberitahu acara yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor (DTC) itu dianjurkan Kedutaan Besar Negara China. Jelasnya, program tersebut dikendalikan oleh beberapa persatuan pelajar warganegara China. “Acara ini bukan di…