Menteri Agama beri amaran wang umrah bukan untuk disalahguna demi kepentingan peribadi
Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar tidak berdiam diri selepas kecoh ratusan jemaah didakwa diperdaya sebuah syarikat agensi umrah. Beliau memberi pesanan tegas bahawa wang yang diamanahkan rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah umrah, bukan untuk disalahgunakan mana-mana pihak, terutama pengendali demi kepentingan peribadi. Beliau berkata pihak tersebut perlu bermuhasabah dan kembali kepada tanggungjawab sebenar…