Didenda RM4,500 akibat buat hantaran jelik di TikTok
Akibat membuat hantaran jelik dalam TikTok, seorang wanita didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini. Eni Nooryanie Mohamad, 42, turut berdepan hukuman tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan, lapor BH. Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran bersifat jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain…