Rupanya bukan IGP saja, Menteri KPKT juga peserta perarakan hari Merdeka
Bukan sahaja Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Razarudin Husain menyertai perarakan di Dataran Putrajaya semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming juga berbuat demikian. Malah, beliau mencipta rekod menjadi anggota Jemaah Menteri pertama berbuat demikian apabila muncul berarak bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Ahli Parlimen Teluk Intan berkenaan yang…