Video : Kekal Harapan di Negeri Sembilan, ini 10 komitmen utama untuk rakyat
https://www.tiktok.com/@harapan_daily/video/7664829874745478408?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7436983664234071572
https://www.tiktok.com/@harapan_daily/video/7664829874745478408?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7436983664234071572
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama pemberi perkhidmatan telekomunikasi berjaya menyekat sebanyak 3.04 bilion SMS dan 2.5 bilion panggilan meragukan serta berunsur penipuan bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 30 Jun lalu. Dalam masa sama, sebanyak 190,429 talian mudah alih dan tetap yang dikenal pasti menghantar SMS meragukan turut ditamatkan sepanjang tempoh berkenaan. Menteri…
Anak muda Negeri Sembilan diingatkan supaya tidak membiarkan masa depan negeri ditentukan oleh emosi, sentimen perkauman atau permainan agama, sebaliknya menilai setiap parti berdasarkan fakta, rekod dan kemampuan mentadbir. Exco Pemuda AMANAH Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, pengundi muda perlu membuat pertimbangan matang menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos…
Selepas tiga hari penamaan calon, Pakatan Harapan (PH) membentangkan 10 komitmen utama menerusi manifesto bertema ‘Kekal Harapan’ bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16. Pelancaran manifesto disempurnakan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke dan Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman. Komitmen PH itu meliputi…
Keputusan Barisan Nasional (BN) tidak menamakan Khairy Jamaluddin sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan terus mengundang persoalan apabila seorang pakar Perlembagaan berpandangan bekas Menteri Kesihatan itu berada pada kedudukan yang lebih sesuai untuk bertanding berbanding pemimpin tertentu dalam parti. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari berkata, Khairy atau KJ…
Kejayaan Negeri Sembilan mengekalkan status sifar miskin tegar selama empat tahun berturut-turut menjadi antara rekod utama pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, menjelang Pilihan Raya Negeri. Berdasarkan Titah Diraja pada pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan, negeri itu mencatat sejarah sebagai negeri pertama di Malaysia yang mencapai status sifar miskin tegar secara…
Tindakan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Salleh, meletakkan syarat baharu untuk mengemukakan semula surat peletakan jawatan sebagai Exco Melaka mengundang kritikan apabila dianggap bercanggah dengan penjelasan yang diberikannya sebelum ini. Perubahan pendirian itu dipersoalkan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Shafi Muhammad yang menyifatkan kenyataan terbaharu Akmal sebagai retorik politik semata-mata. Menurutnya, sebelum ini Akmal…
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa kecewa apabila Dataran Merdeka dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun menyaksikan aksi final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina awal pagi tadi. Menurut DBKL, perhimpunan itu pada awalnya berlangsung dalam suasana meriah apabila orang ramai berkumpul untuk menyokong pasukan pilihan masing-masing dan meraikan kemeriahan bola sepak….
Pakatan Harapan (PH) mendakwa menerima beberapa laporan kejadian khianat terhadap bahan kempen pilihan raya di Negeri Sembilan, sambil menggesa semua pihak menghentikan amalan politik kebencian sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN). Sekretariat Pusat Media Pilihan Raya Negeri Sembilan ke-16 PH berkata, antara insiden yang dilaporkan ialah pembakaran bendera parti di DUN Palong serta kerosakan pancang…
Dakwaan bahawa mahasiswa anak Negeri Sembilan hanya menerima bantuan sara hidup sebanyak RM200 setahun mencetuskan kekeliruan di media sosial, sedangkan kadar sebenar bantuan berkenaan ialah RM200 sebulan atau bersamaan RM2,400 setahun. Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan itu merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, bagi meringankan…