PM setuju bantuan FLYsiswa dinaikkan kepada RM400
Kerajaan bersetuju menaikkan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tambahan bantuan itu sebagai tanda kepedulian kerajaan terhadap mahasiswa yang berdepan isu tiket penerbangan setiap kali ingin pulang ke negeri masing-masing. “Untuk tahun hadapan, kita naik kepada RM400 daripada…