Author: BORHAN AHMAD
-
-
MP PN tarik balik dakwaan perarakan LGBT pada 13 Mac
Ahli Parlimen Perikatan Nasional dari Kuantan, Wan Razali Wan Nor hari ini terpaksa menarik balik dakwaan perarakan hari Wanita pada 13 Mac lalu adalah perarakan LGBT. Beliau terpaksa berbuat demikian apabila Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menekan beliau apakah beliau yakin perarakan itu perarakan LGBT. “Adakah anda yakin itu perarakan LGBT atau tidak. Atau…
-
Pengusaha Taska pohon bantuan ekoran skim gaji minima
Pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) yang beroperasi di negara ini memohon bantuan kerajaan untuk membolehkan mereka memberikan khidmat terbaik selepas kerajaan melaksanakan skim gaji minima. Dalam satu memorandum yang disampaikan oleh Persatuan Taska Perak kepada wakil kerajaan, bantuan itu sangat perlu untuk membantu mereka memberikan khidmat ekoran dari gaji minima yang mereka perlu laksanakan. Mereka…
-
McDonald’s akan perkenal Menu Rahmahnya Rabu ini
Rangkaian kedai makanan segera popular, McDonald’s menyertai inisiatif Menu Rahmah dan akan membuat pelancaran rasmi menunya Rabu ini. Pengasas dan promoter Menu Rahmah, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan melancarkan menu ini di premis McDonald Mutiara Damansara. “Restoran makanan segera McDonald’s Malaysia akan menganjurkan Majlis Pelancaran…
-
Pusat akan salur bantuan segera RM50 juta pada Johor, kata PM Anwar
Kerajaan Pusat akan menyalurkan bantuan segera berjumlah RM50 juta kepada Johor selepas banjir yang melanda di negeri itu kian memburuk, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata beberapa beliau dan menteri juga akan pergi ke Johor “hari ini dan esok” bagi memantau keadaan banjir selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi…
-
Walaupun dilarang, Hadi beri kuliah macam biasa di Masjid Rusila
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memberikan kuliahnya sebagaimana biasa di Masjid Rusila pagi ini walaupun semua wakil rakyat di Terengganu telah dilarang dari memberikan kuliah agama di masjid. Bahkan, sebelum kuliah dimulakan, seorang jurucakap masjid memaklumkan kepada sidang hadirin, Pesuruhjaya Pas Johor, Ustaz Abdullah Husin akan memberikan Kuliah Maghrib malam ini di masjid…
-
Amazon umumkan pelaburan RM25.5 bilion bina pusat data di Malaysia
Amazon membuat pengumuman akan melabur sebanyak RM25.5 bilion di Malaysia pagi ini di samping melancarkan pusat data Amazon Web Service (AWS) di negara ini. Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presiden (Teknologi) Amazon Web Service, Mai-Lan Tomsen Bukovec hari ini di majlis AWS Cloud Day Malaysia. “Diumumkan pelaburan terbesar kami di Malaysia sehingga kini,” kata Mai-Lan…
-
20,000 naskah Al Quran terjemahan bahasa Sweden akan dicetak
Ekoran pembakaran Al Quran yang dilakukan ektremis Sweden, rakyat negara itu akan dibekalkan dengan 20,000 naskah Al Quran dengan terjemahan bahasa Sweden. 20,000 naskah Al Quran dengan terjemahan bahasa Sweden adalah sebahagian dari satu juta Al Quran yang akan dicetak oleh negara ini ekoran tindakan kumpulan ektremis Sweden itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…
-
Dasar pengkhianat memang macam tu, kata penyokong PH kepada Hadi
Pengakuan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa jika Pakatan Harapan jatuh lagi bukan kerana tebuk atap tetapi atap bocor, diserang oleh penyokong Kerajaan Perpaduan dan netizen. Bagi mereka, kenyataan ini adalah datangnya dari orang yang anti demokrasi dan anti kestabilan selepas kerajaan yang ada dipilih dan direstui oleh Yang Dipertuan Agong. Bagi mereka…
-
Strategi PN tebuk atap: Kuasai Umno, tawar jawatan PM untuk Sarawak
Perikatan Nasional (PN) didakwa sedang berusaha untuk mengambilalih Umno melalui pemilihan parti itu akan datang di samping menarik sebuah parti di Sarawak untuk bersama mereka bagi membolehkan mereka merampas kerajaan pusat. Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam berkata, usaha mengambil alih Umno akan berjalan dalam pemilihan parti itu pada 11 dan…