Kerajaan buka portal BUDI MADANI esok untuk semakan kelayakan subsidi petrol
Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan siling kelayakan bulanan sehingga 300 liter sebulan bagi inisiatif subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95) menjadi penampan terhadap eksploitasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab, sama ada penyeludup di sempadan mahupun syarikat komersial berskala besar. Menurut MoF, bagi memudahkan rakyat menyemak profil kelayakan dan baki penggunaan kelayakan bulanan, kerajaan telah menyediakan portal www.budimadani.gov.my…