Bukukan pengalaman pejuang negara, jadi khazanah berharga
Perjalanan hidup seorang pejuang dalam mempertahankan negara perlu dibukukan untuk dijadikan khazanah berharga kepada rakyat dan masyarakat, kata Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Ahmad. Beliau berkata usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menghasilkan buku bekas Mejar Jeneral (B) Datuk Dr Mohd Yunus Masjuki, ‘Panchor Dan Sejarah: Kisah Ayahanda’ harus dipuji kerana…