Perang Asia Barat: Bekalan makanan utama negara tidak terjejas
Perdana Menteri memberi jaminan bahawa bekalan makanan utama negara, khususnya beras, kekal stabil walaupun konflik yang memuncak di Asia Barat ketika ini. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Wisma Tani tengah hari tadi. Menurutnya, mesyuarat tersebut memberi ruang untuk mendengar perkembangan terkini…