Maritim Perak tahan dua vesel nelayan, sitaan melebihi RM4.5 juta
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan dua vesel nelayan tempatan dalam dua operasi berasingan atas kesalahan perikanan dan imigresen, Jumaat lalu. Pengarah Maritim Negeri Perak, Mohamad Shukri Khotob berkata, tangkapan pertama melibatkan vesel pukat tunda kelas B1 yang dikendalikan seorang tekong tempatan bersama dua awak-awak berstatus pemastautin tetap. Menurutnya, vesel tersebut disyaki…