Pas lidah bercabang: Dulu siap tandai lebih 30 kawasan, kini mahu berdemonstrasi bantah PSB
Pas dilihat terus selamba dengan sifat lidah bercabang berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB). Semasa Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2022, mereka bukan sahaja tidak membantah malah turut menyokong usaha merangka PSB. Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memaklumkan lebih 30 kawasan di Kuala Lumpur…