PSM tolak pakatan pembangkang, ini sebabnya
Parti Sosialis Malaysia telah menolak kemungkinan menyertai pakatan pembangkang yang diumumkan oleh presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin kerana kebanyakan parti yang menganggotai pakatan tersebut memainkan isu perkauman. Pengerusi PSM Dr D Michael Jeyakumar berkata keputusan tersebut dicapai setelah perbincangan dalaman. “Di dalam pakatan yang diusahakan oleh Muhyiddin, banyak parti yang memainkan isu perkauman. Tak kira…