“Sogok ahli ke Makkah?” – Hasbie persoal dakwaan ‘99% ketua cawangan’ ketika pemilihan Umno
Ketua Pemuda AMANAH, Hasbie Muda mempersoalkan pendedahan dalam Sidang Khas Dewan Rakyat berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) yang mendakwa kemudahan menunaikan haji digunakan ketika berlangsungnya pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian Umno. Mengulas pendedahan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, Hasbie menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai sesuatu yang mengejutkan sekiranya benar berlaku….