Umno-Pas ‘kuburkan’ Bersatu di Johor, PH boleh raih undi protes – Penganalisis
Tindakan Pas yang didakwa tidak menggerakkan jentera membantu calon-calon Bersatu sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh ditafsirkan sebagai petanda parti itu semakin dipinggirkan dalam Perikatan Nasional (PN), kata seorang penganalisis politik. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Mazlan Ali, berkata perkembangan itu memberi gambaran bahawa…