Pelancong terkejut kedai di Vietnam terima duit RM, siap gantung tag harga dalam BM
Seorang lelaki warganegara Singapura mencuri perhatian baru-baru ini selepas berkongsi pengalamannya melancong ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki terbabit mengakui terkejut apabila mata wang Malaysia boleh digunakan untuk tujuan pembelian di negara itu. Bahkan kebanyakan kedai di kawasan dikunjunginya memiliki tanda harga dalam unit ‘RM’, selain paparan untuk tujuan promosi…