Tiada kenaikan tol di 10 lebuh raya utama pada 2026
Kerajaan mengumumkan bahawa tiada kenaikan tol untuk 10 konsesi lebuh raya utama pada tahun hadapan. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, implikasi kewangan melibatkan pembayaran pampasan kepada pemegang konsesi akan ditanggung pihak kerajaan. “Semalam, ada diputuskan bahawa bagi tahun 2026, 10 konsesi lebuh raya yang akan diperincikan oleh Kementerian Kerja Raya tidak akan mengalami kenaikan…