Zahid Hamidi sahkan UMNO telah terima surat Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa partinya telah menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz. Pengesahan ini sekaligus menamatkan ketidaktentuan sejak malam tadi ekoran kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mendakwa tidak menerima surat tersebut meskipun Zafrul telah membuat pengumuman secara terbuka menerusi media sosial….