PMX dapat sambutan luar biasa di pagar lapangan terbang Kota Kinabalu
Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sambutan luar biasa apabila beliau diserbu di luar pagar Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah malam ini. Ratusan rakyat pelbagai lapisan hadir menunggu beliau berserta laungan “Reformasi” menandakan sokongan yang ketara daripada penduduk setempat terhadap kepimpinan Kerajaan Perpaduan di bawah gagasan Malaysia MADANI. Menerusi klip rakaman video…