Author: Harapandaily
-
-
Siasatan ke atas KJ, apa jadi? Ini statusnya
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, meskipun kertas siasatan ke atas mantan hos rancangan Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara, kertas siasatan itu dikembalikan semula kepada pihak PDRM bagi menunggu laporan forensik. “Kertas siasatan dikembalikan semula bagi menunggu laporan forensik yang masih belum siap,” katanya, lapor…
-
Jom tangani masalah ketagihan arak, AMANAH ajak MCA
AMANAH telah mengajak MCA menangani masalah ketagihan arak yang serius dan parah dalam kalangan masyarakat sehingga menyebabkan pelbagai masalah. Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata ketagihan arak boleh menjejaskan kehidupan rakyat dan ia perlu ditangani sebaiknya dalam usaha membentuk masyarakat harmoni, sekali gus mengelak kejadian tidak diingini. Beliau berkata, tindakan itu lebih…
-
Bekas wartawan malu dengan Melayu kerana politik perkauman pembangkang
Seorang bekas wartawan Utusan Malaysia yang dikenali sebagai Norlela malu dengan mentaliti parti politik pembangkang yang begitu anti China sedangkan beliau yang pernah ke China mengakui bahawa ideologi komunisme tidak ditekankan oleh China ke atas mereka. “Malu jadi Melayu sebab mentaliti. Tak tahu assimilate duduk sekali dari segi politik. “Too much nowadays because of political…
-
Pertimbangkan semula keputusan penghentian tol percuma sempena musim perayaan
Oleh Senator A Lingeshwaran Keputusan terbaru untuk menghentikan tol percuma semasa musim perayaan perlu dipertimbangkan semula oleh kerajaan. Walaupun diakui bahawa inisiatif ini melibatkan kos yang besar, manfaatnya melangkaui sekadar pertimbangan kewangan. Musim perayaan menyaksikan jutaan rakyat Malaysia bergerak untuk berkumpul bersama keluarga atau melancong dalam negara. Pergerakan besar-besaran ini memberi lonjakan kepada ekonomi tempatan,…
-
Kontrak projek mega Quran Village RM78.38 juta di Putrajaya, MB Terengganu ucap tahniah
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan tahniah kepada anak syarikat Terengganu Incorporated, GPQ Sdn. Bhd yang memenangi kontrak mega pembangunan Quran Village bernilai RM78.38 juta di Putrajaya. Pemimpin Pas itu berharap projek membina masjid kariah dan pelbagai infrastruktur lain di kawasan seluas 2.83 hektar di Presint 14 itu memajukan GPQ sebagai kontraktor berpotensi…
-
-
Usah boikot Pasar Tani Chukai, peniaga belasah OKU bukan usahawan FAMA
Orang ramai diharap tidak memboikot Pasar Tani Chukai yang kebetulan terletak berdekatan lokasi lelaki orang kelainan upaya (OKU) mental dibelasah pada minggu lalu. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memaklumkan insiden sebenarnya berlaku di pasar pagi yang juga terletak di Padang Astaka, Chukai, Kemaman dengan waktu operasi sama iaitu 7 pagi hingga 12 tengah hari setiap…
-
Isu sarkastik ‘Ham Sap Kopi’: Ini penegasan Jakim
Selebriti Harith Iskander akan dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan penjelasan berhubung hantaran sarkastik dalam media sosialnya yang membuka ruang mempersendakan agama Islam. Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee, pihaknya tidak akan berkompromi dengan perkara seumpama itu apabila turut membuat laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan lanjut selepas isu tersebut…
-