Elak cubaan bunuh karakter, ini nasihat Sultan Selangor sempena tirai 2025 dibuka
Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahir kekhuatiran terhadap cubaan menjejaskan reputasi seseorang secara sengaja atau `character assassination’ yang semakin berleluasa dengan niat memberi persepsi negatif terhadap individu tertentu. Sultan Selangor bertitah, lazimnya perkara itu hanya berlaku pada musim pilihan raya, namun kini didapati ia digunakan memusnahkan kepercayaan dan seterusnya menjatuhkan individu tertentu. “Beta ingin menasihatkan rakyat…