Projek Jana Wibawa bantu Bumiputera diteruskan
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan meneruskan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) untuk membantu golongan Bumiputera. Menurut Menteri Kewangan berkenaan, projek itu akan melalui proses runding semula berikutan terdapat banyak perlanggaran sebelum ini termasuklah ‘membumiputerakan’ syarikat milik Cina. “Ada syarikat Cina ‘dibumiputerakan’ sebab kebetulan kawan baik di Johor… itupun…