100 syarikat teknologi disasar raih RM1 bilion setahun
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan Malaysia mempunyai sebanyak 100 syarikat teknologi tempatan dengan perolehan hasil tahunan mencecah RM1 bilion menjelang 2030. Timbalan Menteri, Liew Chin Tong, berkata ini sejajar dengan usaha kerajaan yang sentiasa menyokong syarikat tempatan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi dengan memberi bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS)…