Malaysia pecah rekod eksport, lebihan dagangan kekal 66 bulan berturut-turut
Oleh NAZRI HAMDAN Prestasi perdagangan Malaysia pada Oktober 2025 menunjukkan perkembangan yang sangat menggalakkan. Eksport negara mencatat RM148.32 bilion, meningkat 15.7% berbanding tahun lalu, sekaligus menjadi rekod tertinggi dalam sejarah. Dua enjin utama pertumbuhan ini sedang ‘menjerit’ iaitu sektor pembuatan (RM126.68 bilion) dan permintaan global untuk elektronik & elektrik (E&E), termasuk chip, semikonduktor, dan peralatan…