Azlan Man berdepan tuduhan lima tuntutan palsu berjumlah RM1.185 juta
Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, 64, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat lima tuntutan palsu berjumlah RM1.185 juta untuk perjalanan ke United Kingdom. Beliau didakwa dibawah seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana mengemukakan dokumen palsu dengan niat memperdaya. Pemimpin Umno tersebut didakwa melakukan kesalahan tersebut antara tahun 2013 hingga 2017….