Inflasi kini alami aliran penurunan
Kementerian Ekonomi mendapati peningkatan kadar inflasi di Malaysia kini menunjukkan aliran penurunan meskipun ketika musim perayaan Tahun Baru Cina. Menterinya, Rafizi Ramli berkata, kadar inflasi merekodkan peningkatan 0.2 peratus berdasarkan pertumbuhan bulan ke bulan sewaktu sambutan Tahun Baharu Cina 2023. Jelasnya, kadar itu lebih rendah berbanding 2021 sebanyak 0.3 peratus dan 2022 sebanyak 0.24 peratus….