Fitnah gaji RM15 juta: Mahiaddin fail penyataan pembelaan
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman fitnah difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini, pada 17 Jan lepas. Saman itu berhubung ucapan didakwa berbaur fitnah mengenai Anwar menerima gaji sebanyak RM15 juta semasa berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Peguam Datuk S.N. Nair yang mewakili Anwar selaku plaintif berkata semasa pengurusan kes secara dalam talian…