KJ anggap Anwar memang jiwa reformis, kagum daya tahan PM dalam politik
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, beliau percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya mempunyai jiwa reformis, namun pelaksanaan agenda reformasi itu berdepan pelbagai kekangan apabila berada di dalam kerajaan. Menerusi podcast BoraKrasi, Khairy berkata beliau percaya Anwar bercakap berdasarkan apa yang benar-benar diyakininya dan bukan sekadar retorik politik. “Saya rasa dalam hati…