Diplomat Israel dipanggil selepas video aktivis dilayan kasar tular
Brazil dilaporkan memanggil wakil diplomatik Israel susulan kemarahan terhadap video tular yang menunjukkan layanan kasar pihak berkuasa Israel terhadap aktivis armada solidariti Palestin. Menurut laporan Anadolu Agency dan media tempatan Brazil, Kuasa Usaha Israel ke Brazil, Rasha Athamni dipanggil ke Kementerian Luar Brazil selepas Menteri Keselamatan Nasional Israel berhaluan kanan, Itamar Ben-Gvir memuat naik video…