27 penjawat awam dikenakan tindakan disiplin, langgar peraturan buat kenyataan awam
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa memaklumkan seramai 27 kakitangan kerajaan berdepan tindakan tatatertib kerana membuat kenyataan awam termasuk mengkritik dasar kerajaan yang boleh menyebabkan kegelisahan orang ramai. Beliau berkata kes itu direkodkan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berdasarkan data Jabatan Perkhidmatan Awam…