ABIM gesa KP Pas Kedah tarik balik ayat mahu terus tunggang agama
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendesak Ketua Pemuda Pas Kedah, Ilyas Ahmad menarik balik ungkapan “menunggang agama” serta bahasa kasar dalam kenyataannya. Timbalan Presidennya, Muhamad Saifuddin Abdul Latiff berkata, sekalipun dimaksudkan sebagai sindiran terhadap pengkritik, ungkapan tersebut mengaburkan perbezaan antara perjuangan berpandukan Islam dengan perbuatan memperalatkan agama. Jelas beliau, sindiran tidak menggugurkan tanggungjawab pemimpin untuk…