RM13 bilion untuk bayar hutang 1MDB, berapa banyak sekolah dan hospital rakyat terpaksa tunggu?
Sebanyak RM13 bilion yang sepatutnya berpotensi membiayai pelbagai projek pembangunan negara terpaksa digunakan pada 2023 untuk melunaskan bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS$3 bilion, sekali gus mengecilkan ruang fiskal kerajaan untuk memenuhi keperluan rakyat. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata jumlah itu bersamaan kira-kira 13.1 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan negara…