Ada keadaan mencurigakan, Ramkarpal mahu punca kematian pelajar 14 tahun dibongkar
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh menggesa inkues dijalankan bagi menyiasat kematian seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang didakwa pernah mengadu menjadi mangsa buli dan berdepan tekanan. Ketua Biro Undang-Undang DAP itu berkata, inkues wajar diadakan mengikut Kanun Tatacara Jenayah berikutan terdapat keadaan mencurigakan di sebalik kematian pelajar Tingkatan Dua SMK Danau Kota terbabit….