MP Petaling Jaya cadang tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas Perubahan Iklim
|

MP Petaling Jaya cadang tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas Perubahan Iklim

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung hari ini mencadangkan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Perubahan Iklim dan Pembangunan Lestari. Usul tersebut telah dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dalam pertemuan yang diadakan hari ini. Kata Lee, usul penubuhan jawatankuasa itu selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September…

PN perlu jadi pembangkang berkesan, bukan sibuk ‘Tebuk Atap’
| |

PN perlu jadi pembangkang berkesan, bukan sibuk ‘Tebuk Atap’

Perikatan Nasional (PN) seharusnya menjadi pembangkang yang berkesan bagi melakukan semak dan imbang ke atas Kerajaan Perpaduan, bukannya merancang satu lagi siri pertukaran pemerintah. Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian menjawab kenyataan Ketua Pembangkang parlimen Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berkata ‘PN terbuka kepada sebarang perubahan’. Katanya, Hamzah yang juga Setiausaha…

Sebulan sebagai Menteri, berusaha atasi masalah asas ekonomi – Rafizi
| |

Sebulan sebagai Menteri, berusaha atasi masalah asas ekonomi – Rafizi

Sebulan sebagai Menteri Ekonomi tidak banyak pengumuman yang dibuat Mohd Rafizi Ramli sehingga rakyat tertanya tanya adakah beliau lebih berkesan sebagai pembangkang. Namun hakikatnya, kata Rafizi, beliau mendapati ekonomi negara terdapat banyak masalah asas yang perlu diselesaikan dan perancangannya akan mengambil masa untuk rakyat menilai kesannya. “Saya tidak banyak muat naik kandungan kerja seharian kerana…

Tiada peruntukan Parlimen: Shahidan jangan bersangka buruk
| |

Tiada peruntukan Parlimen: Shahidan jangan bersangka buruk

Peruntukan Parlimen bagi tahun 2023 masih belum diputuskan lagi berikutan Belanjawan 2023 hanya akan dibentangkan pada Februari ini di Dewan Rakyat. Oleh itu ahli Parlimen pembangkang tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan mendakwa Kerajaan Perpaduan tidak memberi peruntukan Parlimen kepada mereka. Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, kenyataan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim sebelum ini bahawa…

KPDN perkenal sistem perlindungan bagi bekalan, harga berpatutan
| |

KPDN perkenal sistem perlindungan bagi bekalan, harga berpatutan

Satu Sistem Perlindungan Sosial Baharu diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi menjamin bekalan barangan pengguna terjamin dalam harga berpatutan Menurut menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub, hal itu antara sembilan perkara yang dilaksana KPDN dalam tempoh sebulan selepas beliau memegang jawatan. Katanya, selain sistem perlindungan itu kementeriannya juga telah mengambil…

ULASAN:Tidakkah jeritan, kata-kata ‘Unparliamentary’ menghina Dewan?

ULASAN:Tidakkah jeritan, kata-kata ‘Unparliamentary’ menghina Dewan?

Menyoroti hari pertama sesi Parlimen yang bersidang pada 19 Disember, rakyat Malaysia dipertontonkan sikap buruk Ahli-Ahli Parlimen yang menjerit dan mengilai sesama mereka. Yang lebih mendukacitakan ialah ia dimulakan oleh Ahli Parlimen yang berpengalaman seperti Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau-PN) dan kemudiannya disambut oleh Datuk Awang Solahudin (Pendang-PN) dan Sany Hamzan (Hulu-Langat-PH). Shahidan bukannya orang…

PM Anwar umum bantuan tunai rakyat RM300 disalur lebih awal pada Januari 2023

PM Anwar umum bantuan tunai rakyat RM300 disalur lebih awal pada Januari 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan selama ini akan kekal diteruskan dalam era pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Anwar berkata, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 akan disalurkan lebih awal iaitu pada Januari 2023 berbanding Mac pada tahun ini. Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan…

Kenaikan gaji tahunan khas RM100 untuk penjawat awam

Kenaikan gaji tahunan khas RM100 untuk penjawat awam

Penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 negara bakal menikmati Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100, kata Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Justeru itu, kerajaan mengumumkan kenaikan tahunan seiring dengan Bantuan Khas…

Menang undi percaya petanda positif PM Anwar diterima semua pihak

Menang undi percaya petanda positif PM Anwar diterima semua pihak

Rata-rata golongan akademik menyifatkan usul undi percaya kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lulus semalam sebagai perkembangan positif untuk negara dan rakyat Malaysia. Bagi pensyarah UTM, Dr Mazlan Ali, usul yang diluluskan itu adalah petanda keyakinan anggota blok kerajaan walaupun mereka pernah bermusuhan secara politik sebelum ini. “Ini petanda keyakinan anggota kerajaan walaupun…

Anwar kotakan janji tangani kos sara hidup, kerajaan jimat RM2 juta setahun dari penolakan gaji menteri Kabinet

Anwar kotakan janji tangani kos sara hidup, kerajaan jimat RM2 juta setahun dari penolakan gaji menteri Kabinet

Walaupun tidak sampai sebulan Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa kerajaan pimpinannya telah berjaya mengotakan beberapa janji untuk menangani isu kos sara hidup rakyat. Menurutnya beliau sendiri mengambil keputusan untuk tidak menerima gaji sebagai Perdana Menteri bagi menyelami nasib rakyat susah. Anggota Jemaah Menteri juga telah membuat komitmen untuk memotong gaji sebanyak…