Beria beritahu semua orang kerajaan nak tumbang, tapi lain pula jadi
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan hanya memandang sinis langkah menjatuhkan kerajaan selepas seorang lagi ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri. Langkah Dubai yang disebut-sebut nampaknya memberi pertunjuk bahawa ia hanya propaganda pembangkang untuk memburukkan keadaan. “Beria beritahu semua orang bahawa kerajaan tumbang, lepas itu tup tup seorang lagi pula menyokong PMX….