‘Saya dah bincang dengan Zahid sebelum bertindak isu NAFAS’
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi amat menyokong keputusan Datuk Seri Mohamad Sabu yang mahu “mencuci” habis-habisan kumpulan kartel dalam Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, beliau sebelum bertindak dalam isu itu telah terlebih dahulu memaklumkan kepada Ahmad Zahid bahawa tindakan yang mahu diambilnya tiada kaitan…