Tiada campur tangan kehakiman, tiada politik dendam, jamin PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pentadbirannya tidak mencampuri urusan kes yang dikendalikan oleh cabang kehakiman dan tidak mengamalkan budaya politik dendam. “Jika orang takut kerana ada kes, sebaik disiasat mereka kata ini politik dendam. Saya beritahu SPRM kalau tiada (bukti) tutup kes. Kalau ada, langkah terus, siasat. Dia kata dendam. Kalau tidak…