Kadar inflasi Mac mereda pada 3.4 peratus – Jabatan Perangkaan
Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Mac mereda kepada 3.4 peratus dengan mata indeks mencatatkan 129.9 berbanding 125.6 pada bulan yang sama 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan perlahan inflasi Malaysia pada Mac didorong terutamanya oleh penurunan harga petrol tanpa plumbum RON97 yang meredakan inflasi kumpulan pengangkutan…