Data tunjuk kurang 1 peratus pengguna RON95 guna lebih 200 liter sebulan
Daripada 14 juta penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95), data menunjukkan secara konsisten kurang daripada 1 peratus pengguna menggunakan lebih daripada 200 liter petrol sebulan. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan data penggunaan sebenar dari Oktober 2025 hingga Mei 2026. Menurutnya, dapatan itu menunjukkan kelayakan 200 liter sebulan mencukupi…