Malaysia–Afrika sepakat martabatkan pendidikan sebagai teras kemajuan insan
Malaysia menegaskan komitmen tegas untuk memperkukuh kerjasama pendidikan dengan negara-negara Afrika, berlandaskan sejarah perjuangan bersama menentang penjajahan serta keyakinan bahawa pendidikan adalah tunggak maruah dan kemajuan insan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika berucap pada Forum Pendidikan Tinggi Malaysia–Afrika 2025, sambil menekankan bahawa pendidikan bukan sekadar urusan komersial, sebaliknya satu pelaburan moral…