Mengapa ramai pesakit Indonesia pilih berubat di Malaysia?
Seorang warganegara Indonesia berkongsi pengalaman dan pengamatannya mengapa ramai pesakit dari negaranya mengunjungi Malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan. Menerusi rakaman dikongsi di TikTok, Yen Dertha Saragih berkata, proses diagnosis dan tempoh pesakit menunggu di hospital Malaysia lebih singkat berbanding Indonesia. Keadaan itu, jelas wanita berkenaan, sekaligus menjimatkan banyak masa dan perbelanjaan. “Kalau berubat di Indonesia,…